Kesan Dari Program Vaksinasi, Pusat Penilaian Covid 19 Di Stadium Melawati Kini Lengang – malaysiakerja.com
September 19, 2021 by malaysiakerja
Kesan program vaksinasi pandemik covid19 kini mula menampakkan hasil jika dilihat dari bilangan pesakit covid19 yang datang ke pusat penilaian covid19 terbesar negara iaitu di Stadium Melawati Shah Alam. Seorang frontliner telah memuat naik gambar keadaan terkini di pusat itu yang ketika bilangan pesakit jauh berkurang jika dibandingkan pada bulan 5 lepas.
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) gambar: astroawani
Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan yang bertungkus-lumus bagi memastikan kita mencapai imuniti kelompok dan seterusnya membawa negara keluar dari krisis covid19 ini. InsyaAllah pelbagai sektor ekonomi akan dibuka kembali secara berperingkat bagi memulihkan ekonomi negara dan rakyat.