Negara Jepun dikatakan akan mengalami kekurangan seramai 970 ribu orang pekerja asing menjelang tahun 2040. Menurut sumber dari portal berita ekonomi Jepun nikkei.com. Ini sangat membimbangkan kerajaan Jepun kerana ianya bakal memberikan kesan kepada ekonomi Jepun secara langsung. Mengapa fenomena ini berlaku?
Jepun sedang mengalami jumpah penurun penduduk yang agak ketara di mana kadar kematian melebih kadar kelahiran. Penduduk Jepun dijangkan akan berkurangan dari 125juta orang sekarang kepada bawah 100juta orang pada tahun 2056. Bila kelahiran berkurang, bilangan orang tua bertambah menyebabkan berlakunya kekurangan tenaga kerja. Jadi mereka terpaksa mengambil pekerja asing pada kadar yang banyak.
Banyak telah dilakukan oleh kerajaan isu ini termasuklah menggandakan insentif bagi setiap bayi yang lahir namun ianya masih gagal memberikan hasil yang dikehendaki. Kerajaan Jepun masih lagi mengkaji pelbagai cara bagi menyelamatkan ekonomi mereka yang kini telahpun dipintas oleh Jerman dari kedudukan ketiga kepada kedudukan keempat.
Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di luar negara, Jepun merupakan antara destinasi yang boleh dipilih. Fenomena kekurangan pekerja pelbagai sektor ini menyebabkan keterbukaan pengambilan pekerja asing bagi Jepun yang sebelum inj mengamalkan dasar tertutup. Perlu diingat anda perlulah melalui proses yang betul agar tidak menjadi mangsa scammer pekerjaan yang semakin banyak terjadi.