Satu kisah viral di laman sosial baru-baru ini di mana seorang pegawai kerajaan tidak berpuashati dengan sikap dan pencapaian calon-calon temuduga untuk jawatan pengurusan & professional gred 41 di jabatan kerajaan. Antara ulasan beliau adalah;
1. Datang Lewat!
Walaupun surat temuduga jelas menyatakan pukul 830am mesti berada di tempat temuduga, namun ada calon yang datang pukul 840am. Datang lewat ke tempat temuduga merupakan satu kesalahan besar kerana ia menunjukkan anda tidak komited.
2. Resume tak dikemaskini!
Ini juga merupakan satu pembunuh peluang anda di temuduga jika tidak kemaskini resume yang mutakhir. Ini menunjukkan sikap pemalas calon temuduga tersebut.
3. Pakaian tidak lengkap
Terutama kaum lelaki sepatutnya anda boleh memakai suit memandangkan jawatan yang dipohon adalah jawatan kumpulan pengurusan dan professional.
4. Penguasaan Bahasa Inggeris lemah
Menurut pegawai tersebut, 99% penguasaan bahasa Inggeris di kalangan calon sangat menyedihkan! Soalan “please introduce yourself” pun kelam kabut.
5. Tak buat homework!
Ada calon yang langsung tidak membuat homework berkenaan maklumat asas jawatan yang dipohon.
6. Jawapan diberi tanpa fakta!
Ramai calon yang memberi jawapan kepada soalan yang diajukan tanpa fakta. Contohnya, bila ditanya tentang pelancongan tak habis-habis dengan jawapan makan, makan dan makan. Sebenarnya mereka perlulah beri jawapan dengan fakta dan analisis data pelancongan dan sebagainya.
Begitulah kualiti calon-calon temuduga jawatan kumpulan professional dan pengurusan masa kini. Untuk mereka yang bakal hadir temuduga, pastikan anda bersedia awal dan dapatkan maklumat berkenaan jawatan yang dipohon. Semoga bermanfaat.
>>Nak kerja dengan pendapatan tanpa had yang sah di sisi undang-undang? klik sini<<